binary options tradingPerdagangan binari telah menjadi sangat popular sejak beberapa tahun ini kerana ianya mudah dan tersedia. Malahan, perdagangan binari adalah untuk semua orang yang mahu menjadi pedagang dan menjana wang. Ramai broker dan banyak platform tersedia, yang mana menawarkan pilihan berlainan untuk setiap pedagang. Teras bagi perdagangan binari adalah asetnya. 

Setiap platform pilihan binari menawarkan aset berbeza-beza, tetapi secara amnya, semuanya berkisar pada jenis yang sama. Ada sesuatu untuk semua orang – anda cuma perlu mencari aset yang anda berminat untuk membuat pelaburan dan yang anda sudah terbiasa. Mari lihat aset paling popular yang ditawarkan oleh platform pilihan binari!

Matawang

Perdagangan matawang adalah jenis perdagangan paling biasa yang anda boleh jumpa pada semua platform pilihan binari. Perdagangan matawang bermakna anda sebagai pedagang sedang melabur pada pasangan matawang, dan kadar pertukarannya. Bergantung kepada platform yang digunakan, anda boleh melabur dalam pasangan matawang berbeza, seperti USD/EUR, USD/GBP, EUR/GBP, USD/JPY dsb. 

Aset jenis ini dikenali sebagai Pertukaran Asing, FOREX atau FX. Dengan perdagangan jenis ini, anda akan terus membuat perbandingan nilai satu matawang dengan yang lain, atau dalam kata lain, anda meramalkan jika satu matawang akan menjadi lebih kuat daripada yang satu lagi dalam tempoh masa tertentu –  sebagai contoh, anda sepatutnya membuat jangkaan tentang pasangan matawang USD/EUR. Apa pendapat anda – adakah EUR akan naik berbanding USD, atau adakah ia akan menjadi sebaliknya? Pertukaran matawang adalah perdagangan aset paling popular kerana ia adalah paling mudah untuk difahami.  

Saham

Perdagangan saham bukanlah perkara baru, kerana sudah ramai pelabur yang bekerja dan melakukan perdagangan saham bertahun-tahun lamanya. Namun, perdagangan saham binari, jika dibandingkan adalah perkara baru yang mana pelabur melihatnya sebagai sangat menguntungkan dan mengujakan. Walau bagaimanapun, pertamanya anda harus memahami bagaimana saham berfungsi, kerana saham adalah sejenis aset yang digemari oleh pelabur berpengalaman. 

Broker binari menawarkan saham berbeza yang mana anda boleh meramalkan harganya. Antara saham terpopular adalah saham Google, saham Apple, saham Coca Cola, saham Deutshe Bank dsb. Pilihan aset saham adalah pelbagai bergantung pada broker dan platform yang anda gunakan. 

Sesetengahnya cuma menawarkan aset paling popular, manakala yang lain, broker yang serius juga akan menawarkan pelaburan pada saham tempatan, bergantung pada lokasi pedagang dan negara di mana broker itu terletak. 

Menggunakan jenis pilihan binari yang lebih disukai, pelabur boleh membuat ramalan untuk aset tertentu dari kategori saham itu. 

what is binary options

Komoditi

Komoditi boleh menjadi aset paling tepat untuk mereka yang baru sahaja memasuki dunia perdagangan pilihan binari. Ia adalah kaedah pelaburan yang risiko rendah yang boleh dipercayai, dan bermanfaat untuk anda menimba pengalaman sebelum meningkatkan lagi permainan anda. Aset paling popular daripada jenis komoditi adalah emas, perak, minyak, kopi, dsb.

Perdagangan komoditi dianggap sebagai perdagangan risiko rendah kerana ia paling senang untuk diramalkan menurut ramai pelabur. Menilai pada keadaan ekonomi semasa dunia, peraturan asas menyatakan dalam kebanyakan kes, nilai komoditi akan menaik dalam tempoh masa tertentu. Namun, walaupun ia perdagangan risiko rendah, ia tidak bermakna ia adalah tanpa risiko! Ingat!

Indeks

Perdagangan dengan indeks dianggap jenis perdagangan yang paling sukar. Kenapa? Indeks biasanya tidak mempunyai perubahan ketara pada nilainya, namun, perubahan kecil yang tidak ketara pada orang biasa boleh mempunyai makna besar pada pelabur. Harga indeks boleh menaik dan menurun sepanjang masa – dan mempunyai nilai perubahan yang sangat kecil, membuatkan sukar untuk meramalkan nilai mereka pada masa tamat tempoh.

Itulah punca kenapa indeks biasanya dipilih oleh pelabur yang paling berpengalaman, dan yang baru bertapak tidak dinasihatkan untuk terjun ke perdagangan indeks sehingga mereka memperoleh sedikit pengalaman dan keyakinan. 

Broker dan platform pilihan binari menawarkan indeks yang berbeza kepada pedagang, seperti DAX-30, FTSE-100, DOW Jones, S&P 500 dsb. Indeks yang pelbagai bergantung pada broker pilihan anda. Broker binari yang serius menawarkan indeks dari banyak negara, seperti USA, UK, Jerman, Jepun, Perancis, dsb.

Broker binari menawarkan empat kategori aset tersebut kepada pelanggannya, tetapi keluasan setiap kategori bergantung kepada broker yang anda berurusan. Sementara matawang dan komoditi dianggap agak mudah untuk didagangkan, namun risiko itu  akan sentiasa ada. 

Dalam hal yang lain pula, saham dan indeks dianggap sebagai lebih berisiko, kerana nilai mereka boleh naik atau turun dalam cuma sesaat. Jika anda pedagang berpengalaman, anda kemungkinan sudah mengetahuinya, tetapi jika anda masih baru dalam bidang itu, jangan mulakan kerjaya anda dengan langkah besar daripada mula. Pilih aset yang anda rasa selesa dan timbalah pengalaman. Semoga berjaya!

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan pilihan binari:

Click here to get this post in PDF