Perdagangan Pilihan Binari menyediakan pelabur dengan cara berdagang dan mejana pendapatan yang mudah (dan sebenarnya, menyeronokkan!). Semenjak pilihan binari muncul dalam pasaran, ia dianggap sebagai konsep yang bagus.

Walau bagaimanapun, semenjak ia pertama kali tersedia untuk umum, ia sangat tidak dikawal selia dan tidak diperhatikan, menyebabkan kemunculan banyak broker penipuan.

binary options trading

Namun, perdagangan pilihan binari semakin lama semakin dikawal selia, dan banyak laman web penipuan telah ditutup, tapi tidak semuanya sempurna. Ada banyak broker yang jujur dan boleh dipercayai, tetapi antara mereka ini ada segelintir yang memang penipu.

Dalam panduan ini, kami akan memberi tahu anda bagaimana untuk mengecam broker penipu dan memilih broker yang benar-benar boleh dipercayai.

TIba-tiba

Jika anda menerima panggilan atau emel daripada broker yang  menawarkan perkhidmatan yang luar biasa bagus untuk menjadi satu kenyataan, maka kebarangkaliannya, mereka sedang mencuba menjebakkan anda dalam suatu penipuan.

Broker yang bereputasi jarang menelefon orang ramai, menjanjikan pulangan tinggi dan keuntungan cepat – hanya kerana ia tidak berfungsi seperti itu.

Jika anda menerima panggilan atau emel dengan ayat “tawaran hebat yang tidak patut anda lepaskan”, anda memang perlu untuk melepaskannya!

Lagi satu perkara adalah broker yang jujur tidak akan pernah melanggar peraturan privasi dengan menelefon tanpa kebenaran anda. Broker yang bereputasi akan menelefon anda jika anda telah memberi mereka keizinan untuk berbuat demikian.

2. Perdagangan Automatik

Ia kelihatan seperti satu konsep yang bagus untuk memiliki robot atau profesional yang bekerja dengan syarikat untuk membantu anda dengan usaha perdagangan anda. Namun, ini adalah konflik kepentingan yang jelas untuk sebab yang nyata – anda berdagang untuk menjana pendapatan, namun broker hanya mendapat penghasilan jika anda kerugian.

READ  Broker Pilihan Binari Terbaik 2018

Jika broker itu terlalu mengesyorkan “pasukan profesional” mereka, ini mungkin bermakna mereka benar-benar mahu menjebakkan anda dalam kerugian untuk kepentingan mereka sendiri. Namun, untuk berlaku adil, memang ada broker yang jujur yang juga menawarkan perkhidmatan perundingan 1 sama 1 dengan profesional, dan mereka memang betul-betul cuba untuk membantu anda.

3. Terma Dan Syarat Yang Tidak Jelas

Sebelum memilih broker, anda perlu melihat sekeliling laman web mereka dan biasakan dengan terma dan syarat mereka.

Jika ia kelihatan meragukan, ataupun jika mereka sangat tidak beretika, maka anda perlu menutup laman web itu dan cari broker lain yang boleh dipercayai.

Oleh sebab terma dan syarat adalah satu-satunya cara broker melindungi diri mereka, pastikan semak dengan baik apa yang mereka lindungi diri mereka daripada.

4. Polisi Bonus

Semua broker menawarkan bonus berbeza untuk pelabur mereka. Dan jujurnya, bonus sangat bagus sebab ia memberi pengguna satu dorongan tambahan yang mereka boleh ambil kesempatan.

Namun, apabila bonus itu terlampau hebat, anda perlu semak apa sebenarnya yang berlaku. Untuk berlaku adil, memang ada broker betul yang menawarkan bonus 100%, dan mereka memang benar-benar ada.

Namun, sebelum membuat keputusan untuk terjun dalam dunia perdagangan pilihan binari ini dengan broker, pastikan baca dahulu polisi bonus mereka. Perkara seperti ini sepatutnya boleh didapati dalam laman web mereka. Jika tiada, kemungkinan ada sesuatu yang aneh sedang berlaku.

5. Tidak Memproses Pengeluaran

Katakan anda telah membuat suatu pelaburan dan sekarang anda mahu mengeluarkan wang anda. Broker bereputasi akan meminta dokumen pengenalan anda untuk memastikan yang mengeluarkan wang adalah benar-benar anda.

what is binary optionsNamun, dengan broker penipu, ceritanya sedikit berbeza. Walaupun jika mereka ada meminta anda untuk mengesahkan dokumen, itu tidak bermakna mereka sedang bekerja dan memproses pengeluaran anda.

READ  Bagaimana Menjana Wang Daripada Pilihan Binari?

Tak lama kemudian, anda akan mendapati diri anda menulis emel sehingga tidak terkira banyaknya dan menelefon beratus kali, tapi masih tidak mendapatkan jawabannya. Sesetengah broker penipu juga membuat proses pengeluaran terlalu sukar, dengan harapan pengguna akhirnya akan berputus asa.

6. Semak Online Senarai Hitam

Perdagangan pilihan binari telah wujud agak lama, bermakna kebanyakan laman web penipuan telah banyak didedahkan dan ditambah pada senarai hitam.

Anda boleh jumpa secara online banyak senarai hitam yang boleh dipercayai yang menyenaraikan broker yang patut anda jauhi, dan yakinlah apabila kami mengatakan yang anda harus percayakan senarai itu. AML (anti-money laundering) sedang berusaha untuk mendedahkan broker penipuan dan memberi amaran kepada pengguna untuk tidak memberi kepercayaan kepada broker seperti itu.

Realitinya, penipuan memang wujud dan mereka boleh merosakkan keseluruhan imej broker perdagangan pilihan binari yang benar-benar menyediakan perkhidmatan yang baik dan boleh dipercayai.

Perdagangan pilihan binari masih sesuatu yang sangat bagus untuk digunakan jika anda mahu menghasilkan pendapatan sampingan. Memilih broker yang jujur adalah perkara terpenting yang anda harus lakukan kerana anda tidak mahu membazirkan wang anda dan ditipu.

Pastikan anda memeriksa dahulu senarai hitam itu secara online dan baca sedikit pendapat pengguna sebelum komited kepada broker. Anda juga boleh pergi ke halaman ulasan kami dan lihat apa pendapat kami tentang broker tertentu! Pastikan diri anda kekal selamat dan jauh daripada penipuan!