Apabila pilihan binari pertama kali muncul, jelas bahawa ia sangat mudah digunakan dan sangat menyeluruh untuk semua orang, tanpa mengira tahap pengalaman dan pengetahuan. 

Sebagaimana maksud namanya, jenis pilihannya adalah binari iaitu mereka berpasangan. Untuk menerangkan lebih lanjut, ini bererti hanya ada kemungkinan 2 hasil.

binary options tradingKita akan melihat kepada semua (paling biasa) jenis pilhan binari dan menjelaskan semuanya untuk anda.  

High/Low

Pilihan High/Low adalah jenis pilihan binari yang paling kerap digunakan yang anda boleh jumpa di semua platform.

Secara amnya, apa yang anda perlu buat apabila memilih pilihan ini adalah samada harga aset tertentu akan naik atau turun pada penghujung masa tamat tempoh berbanding dengan harga semasa aset tersebut.

Seperti yang anda perasan, hanya ada kemungkinan dua hasil daripada senario ini. 

Pembolehubah yang paling penting dalam kes ini adalah masa tamat tempoh. Masa tamat tempoh biasanya berjulat antara 60 saat ke atas. Sesetengah broker menetapkan masa tamat tempoh mereka, manakala sesetengah yang lain membiarkan anda memilih sendiri masa tamat tempoh. Dalam kebanyakan kes, masa tamat tempoh berjulat antara 15 minit dan beberapa jam. 

Jelasnya, jika pada penghujung masa tamat tempoh harga aset menaik, dan anda meletakkan wang anda pada pilihan High, jelas anda adalah pemenangnya. Jika sebaliknya, anda memilih pilihan High, tetapi harga aset jatuh lebih rendah daripada harga asal, ia jelas adalah kerugian dan anda akan hilang pelaburan anda. 

Satu Sentuhan / Tiada Sentuhan

Pilihan Binari Satu Sentuhan / Tiada Sentuhan ialah jenis yang sangat berbeza dengan jenis sebelumnya iaitu High/Low. Tujuannya adalah untuk meramalkan samada aset tertentu akan mencapai harga tertentu atau tidak pada mana-mana ketika sebelum masa tamat tempoh.   

READ  Broker Pilihan Binari Terbaik 2018

what is binary options

Titik pencetusnya boleh jadi dimana-mana dan pada bila-bila masa, yang pentingnya adalah untuk aset itu “menyentuh” harga tertentu, atau tidak “menyentuh”, jika itu apa yang telah dipilih. 

Dalam kes apabila pedagang berada dalam situasi menang, ganjarannya akan bergantung pada bagaimana “keramalan” hasil tersebut. Jika titiknya lebih mudah untuk dicapai (atau terlepas), maka sudah tentu, ganjarannya akan berkurang.

Jika sebaliknya, iaitu tidak jelas samada aset akan menyentuh titik atau tidak, maka ganjarannya akan menjadi lebih tinggi. 

Pasangan 

Pasangan adalah sejenis pilihan binari yang membenarkan anda untuk meramal aset mana yang akan mempunyai nilai lebih tinggi pada penghujung masa tamat tempoh. Sebagai contoh, katakanlah ada Aset A dan Aset B.

Katakan anda meramal yang pada pengakhiran masa tamat tempoh, Aset A akan mempunyai nilai lebih tinggi daripada aset B. Jika pada penghujung masa tamat tempoh aset A benar-benar mempunyai nilai lebih tinggi daripada aset B, maka tahniah – anda menang!

Jika anda tidak bernasib baik dan mengatakan yang aset B akan mempunyai nilai lebih tinggi, maka anda akan kehilangan pelaburan anda. 

Sempadan/Julat

Dengan pilihan High/Low, anda harus meramal arah pegerakan harga, namun dengan Sempadan atau Julat pula, anda boleh menetapkan nilai dalam yang mana harga aset itu akan pergi. 

Anda seharusnya menetapkan dua titik pencetus: minimum dan maksimum. Titik pencetus ini adalah nilai yang mana aset tidak seharusnya capai pada bila-bila masa, untuk anda menjana wang. 

Jelasnya, risiko akan menjadi lebih rendah jika anda memilih julat yang lebih luas dalam mana aset patut berada. Untuk julat yang lebih kecil, hasilnya  ganjaran akan lebih tinggi. 

Jangka Panjang / Jangka Pendek

Semua pilihan binari mempunyai masa tamat tempoh masing-masing, dan dengan pilihan binari ini, anda boleh mengehadkan masa kepada mana-mana yang paling berkesan untuk anda. Dagangan jangka pendek, seperti yang boleh diagak, direka untuk menang cepat (atau rugi cepat, sudah semestinya). Tempoh masa dagangan sebegini boleh bertahan daripada sependek 60 saat sehigga beberapa minit.  

READ  Aset Popular Untuk Didagangkan Dalam Industri Binari

Sebaliknya, dagangan jangka panjang adalah untuk anda yang mahu mengambil masa memerhati kisah itu dirungkai. Dagangan jangka panjang boleh bertahan daripada beberapa hari, sehingga beberapa bulan. 

Namun, pedagang perlu beringat yang pasaran boleh berubah beberapa kali dalam masa beberapa bulan tersebut dan mungkin lagi sukar untuk meramalkan dengan tepat dalam kes-kes begitu. 

Ada banyak jenis pilihan binari yang mana pedagang boleh memilih. Semua ini dibuat untuk pedagang bagi memastikan mereka mempunyai pilihan yang terbuka, dan dapat melakukan perdagangan seperti yang mereka hajatkan. 

Jika anda merasakan yang pilihan ini adalah mudah untuk difahami, sila semak apa yang ditawarkan oleh broker binari, dan anda akan menemui lebih banyak jenis pilihan binari yang unik yang telah direka oleh broker untuk pedagang!

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan pilihan binari:

Olymp Trade Guides

Olymp Trade Guides The OlympTrade brand is maintained and operated by …

Click here to get this post in PDF