apa yang dimaksudkan dengan berdagang cfdDagangan CFD menjadi semakin terkenal dari hari ke hari. Tetapi bagaimana sebenarnya ia berfungsi dan apakah kelebihan dan kekurangannya? Kami menjawab semua soalan anda yang berkaitan dengan Kontrak untuk Perdagangan Perbezaan/”Contract for Difference Trading” (CFD) dalam panduan berdagang CFD ini yang komprehensif.

Kontrak Untuk Perdagangan Perbezaan  (CFD) diperolehi dengan mengira perbezaan di antara nilai aset semasa masuk perdagangan dan nilainya pada masa kontrak. Pedagang sebenarnya tidak memiliki aset pendasar tersebut. Sebaliknya CFD mencerminkan arah perubahan harga aset pendasar tersebut. Bergantung kepada kedudukan yang diambil, pedagang akan mendapat keuntungan apabila harga aset berubah atau, menanggung kerugian jika harga jatuh pada masa kontrak.   Kontrak Untuk Perdagangan Perbezaan sentiasa dijelaskan secara tunai dan bukan dengan aset ketara.

Perdagangan CFD memerlukan dua pihak, pembeli dan penjual. Kontrak ini menetapkan bahawa penjual akan membayar perbezaan yang diperolehi pada masa kontrak jika harga aset pendasar meningkat. Sebaliknya, jika harga jatuh, pembeli akan membayar perbezaannya. Sebagai salah satu cara yang semakin terkenal untuk berdagang dalam instrumen kewangan, CFD menawarkan beberapa kelebihan yang akan dibincangkan kemudian.

Contoh terperinci yang menunjukkan bagaimana Kontrak Untuk Perdagangan Perbezaan berfungsi

Istilah penting yang anda patut tahu

– Harga permintaan – Ini adalah sebut harga penjual.

– Harga bidaan – Ini adalah harga yang pembeli sanggup bayar untuk sekuriti.

Kedua-dua harga permintaan dan harga bidaan disebut sekali gus pada masa memasuki kontrak. Harga tawar selalunya adalah yang lebih rendah di antara keduanya.

– Spread – Ini adalah perbezaan di antara harga permintaan dan harga bidaan.

– Margin – Ini merujuk kepada amaun yang diperlukan untuk melabur semasa memasuki perdagangan. Ia dikira secara peratusan nilai semasa aset pendasar yang anda ingin dagangkan.

Di sini contohnya.apakah itu cfd

Katakan anda ingin berdagang dalam saham yang mempunyai harga permintaan sebanyak $33.46 dan memutuskan untuk membeli 100 saham. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah $3346.

Jika anda berdagang melalui broker tradisional yang menawarkan margin sebanyak 50%, amaun yang anda harapkan untuk dilabur adalah sebanyak $1673. Selain itu, broker CFD online juga menawarkan margin yang boleh menjadi serendah 5%. Ini bermakna untuk perdagangan ini, anda perlu melabur sebanyak $167.30.

Sekiranya jangkaan bahawa harga bidaan bagi saham yang sama adalah $33.50, spread akan menjadi $0.04. Kedudukan yang anda ambil pada kemasukan perdagangan akan menunjukkan kerugian yang sama dengan spread tersebut. Oleh itu, saham mesti meningkat sekurang-kurangnya 4 sen untuk berada pada harga pulang modal.

Dengan mengandaikan bahawa harga saham terus meningkat dan mencapai harga bidaan sebanyak $33.96, kini anda boleh menjualnya dengan keuntungan sebanyak $50.
Hal ini bermakna anda boleh memperolehi pulangan yang berpotensi sebanyak 1.49%. Walau bagaimanapun, adalah lebih realistik untuk mengandaikan bahawa spread yang disebut oleh broker CFD mungkin lebih besar daripada spread yang sebenar yang disebut dalam pasaran saham. Oleh itu, harga bidaan bukanlah $33.96, tetapi sebenarnya mungkin sebanyak $ 33.94. Jika anda menjual pada harga ini, anda masih akan mendapat keuntungan sebanyak $48. Apabila dikira menggunakan pelaburan $167.30 anda, ini bermakna anda telah memperolehi pulangan sebanyak 26.89%.

READ  terminologi pilihan binari

Masih beranggapan perbezaan spread di antara apa yang disebut oleh broker CFD dan pasaran saham sebenar, broker itu mungkin menyebut harga permintaan yang lebih tinggi sedikit, contonya sebanyak $33.48. Walaupun begitu, anda masih akan mendapat keuntungan dari perdagangan anda jika berjaya.

Jadi, mengapakah broker CFD menyebut harga pertanyaan yang lebih tinggi sedikit dan harga bidaan yang lebih rendah sedikit daripada apa yang disebutkan dalam pasaran saham?

Ramai broker CFD mendapatkan wang dengan membuat pedagang membayar amaun spread. Perbezaan kecil di antara harga permintaan dan bidaan adalah untuk membolehkan mereka meminimumkan kerugian dagangan.

Kelebihan dagangan CFD

apakah itu saham cfdBroker CFD menawarkan leverage yang tinggi

Leverage merujuk kepada jumlah wang broker meminjamkan kepada anda bagi memasuki perdagangan. Ini adalah bertentangan dengan margin yang bermakna jumlah minimum wang yang diperlukan oleh broker bagi anda untuk melabur sebelum memasuki perdagangan.  Dengan menggunakan contoh yang diberikan di atas, oleh kerana membeli 100 syer memerlukan perbelanjaan modal sebanyak $3346, dengan margin sebanyak 5%, anda akan melabur $167.30 manakala broker “meminjam” anda baki $3178.70.

Margin yang rendah bermakna anda boleh “meminjam” lebih banyak wang untuk dagangan dan lebih kurang risiko terhadap wang anda sendiri.
Ini meningkatkan keuntungan potensi setiap pedagang. Sebaliknya, leverage yang tinggi juga boleh meninggikan kerugian anda.

Dengan mudah mengakses pasaran global daripada mana-mana sahaja

Perdagangan CFD memberikan anda akses kepada instrumen kewangan termasuk stok, Perbendaharaan, matawang asing, sektor CFD, indeks dan komoditi. Broker CFD online memberi anda akses kepada semua pasaran utama di seluruh dunia. Selagi sesuatu pasaran dibuka, anda akan boleh mendapat akses melalui platform broker.

Tiada peraturan jualan pendek

Kebanyakan pasaran-pasaran kewangan mempunyai peraturan jualan pendek yang merupakan suatu kelemahan kepada pedagang. Sebagai contoh, menggunakan jualan pendek atau “short” mungkin mendedahkan anda kepada satu margin yang berbeza (yang memerlukan biayai modal yang lebih banyak daripada anda) atau bahkan memerlukan anda meminjam instrumen pada tahap permulaannya.
Peraturan-peraturan ini adalah bertujuan untuk menghalang pedagang daripada menggunakan short. CFD pasaran secara amnya tidak mengenakan peraturan itu, sekali gus membolehkan anda untuk guna short sebagai satu cara untuk melindungi keuntungan anda atau mengurangkan kerugian ke atas perdagangan.

Jenis perintah yang mesra pedagang

Jenis perintah yang diberikan oleh broker anda adalah penting dalam menentukan bagaimana anda boleh menguruskan risiko. Broker CFD yang moden menawarkan perintah yang  sama seperti yang disediakan oleh broker tradisional. Ini termasuklah hentian dan had. Beberapa broker juga akan menyediakan jaminan hentian dengan mengenakan bayaran.
Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk mengenal pasti terlebih dahulu jenis-jenis perintah yang berbeza yang ditawarkan oleh broker sebelum melabur wang anda dengan mereka.

Sedikit atau tiada yuran

Yuran dan komisyen dengan mudah boleh makan ke dalam pendapatan anda. Pasaran CFD distrukturkan sedemikian supaya broker memperolehi pendapatan dengan membuat pedagang membayar jumlah spread. Oleh itu, broker anda juga dijangka tidak akan mengenakan komisen atau yuran ke atas perdagangan yang telah dilaksanakan.

Anda tidak terhad kepada dagangan harian sahaja

Apabila berdagang CFD, hari dagangan adalah satu pilihan. Dalam sesetengah pasaran akan diperlukan untuk meletakkan jumlah maksimum perdagangan harian atau dihadkan amaun modal yang anda boleh melabur bagi dagangan harian. Pembukaan satu akaun dagangan CFD biasanya memerlukan pelaburan minimum sebanyak kira-kira $1000 walaupun sebahagian besarnya bergantung kepada broker anda.

Kelemahan perdagangan CFD

Anda akan membayar amaun spread

Broker CFD memperolehi pendapatan dengan membuat pedagang membayar spread. Ini akan mengurangkan pendapatan anda bila anda untung serta meningkatkan amaun kerugian kepada pedagang yang mengalami kerugian. Walau bagaimanapun, jumlah spread yang dikenakan adalah biasanya agak minima.

Keluar dan masuk dagangan dengan kerap merupakan sesuatu yang mahal bagi para pedagang kerana jumlah spread akan dibayar bagi setiap perdagangan.

Perdagangan CFD tidak terkawal ketat

Dalam sesetengah pasaran seperti dagangan pilihan binari adalah sangat terkawal kerana kekerapan kejadian penipuan. Perdagangan CFD sebaliknya tidak sangat dikawal selia dan pelabur adalah dinasihatkan supaya berhati-hati apabila memilih broker untuk bekerja bersama. Cara yang baik untuk mencari seorang broker yang boleh dipercayai adalah dengan menyemak reputasi mereka dan rekod serta ciri-ciri yang berbeza yang ditawarkan di platform mereka.

READ  Strategi Parabola SAR - Olymp trade

Soalan Lazim Mengenai Dagangan CFD

Adakah keuntungan CFD dikenakan cukai?

cfds are tax free

Ya. Dagangan CFD mengandaikan anda ingin mendapatkan keuntungan. Di negara seperti UK dan Australia, keuntungan yang diperolehi dianggap sebagai cukai keuntungan modal. Jika perdagangan CFD adalah sumber utama pendapatan, keuntungan boleh dianggap sebagai cukai pendapatan. Sebaliknya, kerugian yang dialami semasa perdagangan CFD boleh digunakan untuk mengimbangi sebarang keuntungan yang diperolehi. Oleh kerana anda sebenarnya tidak memiliki aset, CFD adalah dikecualikan daripada duti setem.

Sama ada keuntungan CFD anda akan dikenakan cukai juga bergantung kepada negara bermastautin anda dan berapa banyak keuntungan yang anda perolehi setiap tahun.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang jika anda tidak pasti.

Adakah CFD bebas cukai?

Membeli dan menjual CFD tidak memerlukan anda membayar cukai seperti duti setem.  Ini adalah kerana anda tidak memiliki aset pendasar yang didagangkan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang anda perolehi daripada perdagangan mungkin tertakluk kepada cukai sekiranya ia mencapai minimum tertentu sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Adakah CFD selamat?

Perdagangan CFD adalah dianggap selamat. Walau bagaimanapun, terdapat dua faktor utama yang akan menentukan sama ada wang anda adalah selamat atau tidak.

Mula-mula, pertimbangkan sama ada anda melabur dengan broker yang dikawal selia atau tidak. Sebagai contoh, jika anda berdagang di UK, anda perlu mempertimbangkan sama ada broker itu dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) atau CySEC di Eropah.

Kedua, pertimbangkan pendekatan yang akan digunakan bagi dagangan CFD. Seperti juga dengan mana-mana pasaran kewangan, terdapat potensi kehilangan pelaburan anda. Penyelidikan yang kukuh serta penggunaan strategi dagangan yang baik membolehkan anda mengurangkan risiko. Anda juga perlu menggunakan broker yang menyediakan alatan yang akan menghadkan dan menghentikan untuk mengurangkan kerugian dagangan.

Andakah anda boleh berdagang  CFD di Amerika Syarikat?

Pada masa ini, perdagangan CFD tidak dibenarkan di Amerika Syarikat. Undang-undang seperti Akta Dodd Frank meletakkan sekatan berat terhadap perdagangan instrumen kewangan atas kaunter termasuk CFD. Di samping itu, Bursa-Bursa yang berbeza yang kini dikawal selia oleh SEC dan CFTC tidak menawarkan CFD untuk warganegara Amerika Syarikat.

Adakah pedagang CFD mendapat keuntungan?
Kontrak Untuk Perdagangan Perbezaan membolehkan perolehan pulangan yang besar melalui leverage.
Seperti dengan pasaran kewangan yang lain, keuntungan dagangan CFD sebahagian besarnya bergantung kepada sebaik mana anda boleh mengspekulasikan pergerakan harga pendasar aset yang anda perdagangkan.
bagaimana cfd pedagang menghasilkan wang
Adakah CFD mempunyai tarikh tamat tempoh?

Tarikh tamat tempoh CFD bergantung kepada jenis instrumen yang anda sedang perdagangkan. Tarikh tamat tempoh boleh terjadi tiap-tiap hujung bulan, setiap suku tahun dan sebagainya. Tarikh tamat tempoh biasanya dinyatakan oleh broker anda. CFD biasa yang mempunyai tarikh tamat tempoh termasuk minyak, gas dan tembaga.
Jika anda mempunyai akaun terbuka pada tarikh tamat tempoh, ia akan bergerak ke kitaran dagangan yang seterusnya. Sebaliknya, kebanyakan CFD yang tidak mempunyai tarikh tamat tempoh kerana mereka dianggap sebagai produk tunai. Ini membolehkan anda untuk memegangnya untuk seberapa lama yang anda ingini.

Bagaimana harga CFD ditetapkan?

Harga CFD telah direkabentuk untuk mencerminkan pasaran pendasar untuk Indeks atau aset tertentu. Walau bagaimanapun, anda akan mendapati bahawa harga bida dan sebut harga untuk CFD berbeza di antara broker -broker pada masa tertentu.  Harga ini ditetapkan selepas broker telah menfaktorkan komponen “nilai saksama” di mana harga diwajarkan untuk membiayai apa-apa anomali yang wujud di pasaran pendasar.

Berwajaran dilakukan sama ada dengan mengenakan  caj pembiayaan semalaman bagi kedudukan leverage atau, mengenakan komisyen bagi setiap perdagangan.

Bagaimana broker CFD menjanakan wang?Bagaimana broker CFD membuat wang

Kebanyakan broker Kontrak Untuk Perdagangan Perbezaan tidak akan mengenakan caj komisen atau yuran. Cara utama mereka menjana pendapatan ialah dengan membuat pedagang membayar spread. Perlu diingat bahawa dalam banyak keadaan, amaun spread yang dinyatakan oleh broker adalah sedikit lebih besar berbanding dengan apa yang disebut dalam pasaran pendasar.

READ  Petua Pilihan Binari Yang Tidak Akan Silap

 

Bagaimana CFD berfungsi?

Kontrak Untuk Perbezaan merupakan derivatif kewangan yang digambarkan sebagai kontrak di antara dua pihak (penjual dan pembeli).  Harga CFD mencerminkan harga pendasar aset yang didagangkan. Oleh yang demikian, membeli CFD yang tidak memerlukan anda memiliki aset pendasar.

CFD berfungsi dengan membenarkan para pedagang untuk meramal pergerakan harga aset pendasar dan oleh itu menyediakan peluang untuk memjana keuntungan atau kerugian. Jika pembeli meramalkan pergerakan harga yang betul, penjual perlu membayar perbezaan harga pada masa kontrak dan juga sebaliknya.
Perbezaan ini diperolehi dengan menolak harga CFD pada masa kemasukan perdagangan dan harganya semasa perdagangan tamat tempoh.

Adakah saham CFD satu penipuan?
adalah cfds penipuan

Saham CFD diiktiraf undang-undang di beberapa negara termasuk Britain, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, oleh kerana sifat mereka yang sangat tidak dikawal selia di beberapa kawasan, pembekal CFD penipuan sedang beroperasi secara online.
Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya berhati-hati membuat penyelidikan terhadap broker CFD yang berbeza sebelum melabur wang anda.

Adakah perdagangan CFD suatu perjudian?

Ramai orang berhujah bahawa perdagangan CFD adalah satu jenis perjudian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan.
Walaupun kedua-dua perjudian dan perdagangan CFD dikawal selia dengan ketat di banyak negara, badan-badan yang mengawal selia industri-industri ini adalah biasanya berbeza.

Bagi perjudian, anda hanya akan kehilangan wang pertaruhan.
Bagi CFD pula, kerugian dagangan boleh melebihi jumlah yang anda melabur terutamanya jika anda tidak menggunakan leverage dengan bijak.

Haruskah saya berdagang CFD?

Perdagangan CFD membuka peluang untuk mendapat keuntungan yang besar daripada pelaburan kecil.  Di antara sebab-sebab mengapa anda harus mempertimbangkan dagangan CFD termasuk:

1. Anda boleh menjana keuntungan besar di perdagangan dengan pelaburan yang kecil dengan adanya leverage.

2. Anda tidak memiliki aset pendasar tetapi banyak manfaat pemilik sebenar aset boleh diperolehi misalnya, mendapat pelarasan dividen dan faedah.

3. Pasaran CFD tidak mempunyai pelbagai sekatan berbanding pasaran kewangan lain.

Walau bagaimanapun, dagangan CFD memerlukan anda mempunyai pemahaman yang baik mengenai pasaran kewangan global.

Keadaan di mana anda tidak harus berdagang CFD termasuk:

1. Anda seorang warganegara dari negara di mana perdagangan CFD adalah dilarang.

2. Anda tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam perdagangan instrumen kewangan.

Apakah maksud CFD?

CFD adalah nama singkatan bagi Kontrak Untuk Perbezaan/”Contract For Difference”.

Bilakah CFD akan tamat tempoh?

Kebanyakan CFD tidak akan tamat tempoh dan anda boleh mengekalkan kedudukan untuk seberapa lama yang anda suka. Tamat tempoh CFD bergantung kepada aset pendasar anda yang diperdagangkan. Sebagai contoh, jika anda berdagang tembaga, tempoh tamat adalah selepas dua bulan. Tarikh tamat tempoh CFD yang biasanya diberikan oleh broker anda.

Bilakah CFD dicipta?

CFD adalah hasil ciptaan Brian Keelan dan Jon Wood di London pada tahun 1990-an. Tujuan utama mereka adalah untuk lindung pedagang dan lindung nilai dana daripada pendedahan kepada saham-saham di Bursa Saham London.

Kepentingan perdagangan CFD

Kontrak Untuk Perbezaan merupakan salah satu daripada instrumen-instrumen kewangan dagangan yang popular yang sedia ada kini. Sebagai seorang pedagang CFD, anda dengan mudahnya boleh mendapatkan akses kepada pasaran kewangan global dan menggunakan leverage untuk menjana keuntungan yang besar dengan amaun pelaburan yang kecil.  Dagangan CFD juga melindungi anda dari cukai tertentu seperti duti setem. Seperti dengan mana-mana instrumen kewangan pasaran, perdagangan CFD mempunyai beberapa risiko. Terutamanya, perdagangan yang merosot yang menggunakan leverage tinggi akan dengan mudah mengakibatkan kehilangan amaun yang lebih daripada jumlah pelaburan anda.

Secara keseluruhannya, dagangan CFD boleh menjadi satu cara yang baik untuk mendapatkan keuntungan melalui spekulasi pergerakan harga.  Walaugaimanapun, anda bertanggungjawab untuk membuat kajian pasaran serta membina strategi dagangan yang sesuai untuk menjana keuntungan dalam pasaran ini,

Terima kasih kerana mengunjungi kami, sila juga meninjau artikel CFD kami yang lain. ”Top 5 Kesilapan Dagangan CFD Yang Anda Perlu Mengelakkan Demi Mendapat Keuntungan

are cfds halal

Sumber:

https://moneyterms.co.uk/cfd/cfd-tax/

http://www.contracts-for-difference.com/course/taxes.html

http://www.contracts-for-difference.com/USA-restrictions.html

http://www.independentinvestor.com/cfd/how-cfds-are-priced

Click here to get this post in PDF