Kontrak Untuk Perbezaan (CFD) adalah diantara instrumen kewangan yang paling terkenal yang didagangkan online.  Bertrilion-trilion dolar didagangkan setiap hari. Walau bagaimanapun, berdagang CFD mempunyai risiko yang tinggi. Mana-mana pedagang yang telah membeli atau menjual instrumen kewangan ini akan bersetuju bahawa satu kesilapan yang kecil pun boleh menghapuskan sebahagian besar daripada pelaburan anda. Sebaliknya, dagangan yang berjaya akan memberi anda gandaan jumlah yang dilaburkan dari segi keuntungan.

Selain daripada daya tarikan untuk menjana banyak wang, pedagang memilih untuk berdagang CFD kerana ia dijelaskan secara tunai dan bukannya sekuriti atau barangan fizikal.

Kontrak untuk perbezaanApakah itu Kontrak Untuk Perbezaan?

CFD pada asasnya adalah kontrak di antara pembeli dan penjual. Kontrak ini menyatakan bahawa penjual akan membayar pembeli perbezaan di antara nilai semasa pendasar instrumen kewangan dengan nilainya pada masa kontrak (tempoh tamat kontrak). Walau bagaimanapun, jika nilai perbezaannya adalah negatif, pembelilah yang akan membayar perbezaan tersebut.

Pembeli pada asasnya membuat spekulasi bahawa nilai aset pendasar akan sama ada naik atau turun. Perbezaannya dijelaskan secara tunai. Oleh itu, pembeli sebenarnya tidak memiliki instrumen kewangan yang didagangkan tetapi berpegang kepada CFD sehingga kontrak berakhir.

Beberapa instrumen kewangan yang didagangkan melalui CFD termasuk logam berharga, minyak mentah dan derivatif ekuiti.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wang boleh dijanakan melalui dagangan CFD.  Tetapi malangnya, peratusan besar pedagang sering mendapati diri mereka berada di pihak kalah (perbezaannya adalah negatif). Ia biasanya disebabkan oleh lima kesilapan yang boleh dielakkan yang akan kami jelaskan di bawah.

5 kesilapan dalam dagangan CFD yang anda patut elak

1. Meletakkan amaun yang terlalu banyak bagi sesuatu dagangan

Anda telah mengkaji sesuatu instrumen tertentu dan yakin dengan arah harganya. Untuk memaksimakan keuntungan anda, anda membuat keputusan untuk meletakkan 50% baki akaun anda ke dalamnya. Harga bergerak dalam arah seperti yang anda telah spekulasikan. Kemudian, ia tiba-tiba berubah menjadi sebaliknya. Nasib baik anda meletakkan stop loss tetapi sebahagian besar jumlah pelaburan anda kini sudah hilang.

READ  terminologi pilihan binari

Ini merupakan senario yang dialami walaupun oleh pedagang yang berpengalaman.

Pasaran CFD adalah sangat tidak menentu. Perubahan harga yang secara tiba-tiba terbalik biasanya berlaku. Jadi, tiada cara untuk 100% pasti bahawa dagangan tertentu akan berakhir pada titik harga tertentu.

Untuk mengelakkan kesilapan ini, ikutilah satu peraturan yang mudah. Jangan melaburkan amaun lebih daripada 2% daripada baki akaun yang sedia bagi sesuatu dagangan. Tambahan lagi, walaupun leverage digunakan untuk meningkatkan potensi keuntungan dagangan, anda haruslah menggunakannya dengan berhati-hati.

2. Membabi buta

Menspekulasi arah perubahan harga secara mentah-mentah tanpa memahami mengapa ia mungkin naik atau turun akan mengakibatkan kerugian. Sifat tidak menentu pasaran CFD dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor seperti dari aspek politik hingga ke keadaan cuaca. Perlulah sentiasa mempunyai maklumat yang cukup mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi harga instrumen kewangan sebelum melabur wang anda dalamnya.

Sebenarnya, ramai broker yang permudahkan usaha untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Mereka akan menyediakan carta, petunjuk dan alat analisis teknikal yang mudah diakses yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan. Jika anda ingin melabur dalam instrumen tertentu, anda perlulah sentiasa mengambil masa untuk memahami faktor-faktor yang akan mempengaruhi harganya untuk berubah sepenuhnya walaupun ia akan mengambil masa beberapa jam. Pengetahuan itu akan menyelamatkan wang anda.

3. Tidak mengetahui risiko dagangan
Elakkan Kesilapan Dalam Berdagang CFD

Ini adalah salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan dan juga mudah untuk dielakkan. Dengan sambilewa, pedagang membuat dagangan di mana potensi keuntungan lebih rendah daripada kerugian yang boleh ditanggung. Beberapa lagi dagangan seperti ini boleh menghapuskan keseluruhan akaun anda dengan mudah.

Sebelum membuat apa-apa dagangan, pertimbangkan dahulu jumlah keuntungan berbanding dengan kerugian yang anda mungkin dapat. Jika kerugian lebih tinggi, lebih baik untuk melepaskan dagangan tersebut daripada terlepasnya peningkatan leverage ataupun jumlah yang dilaburkan.

READ  Waktu Perdagangan

Usaha mengurus risiko anda juga melibatkan usaha mencari beberapa instrumen untuk berdagang. Kebanyakan broker akan menawarkan berdozen-dozen instrumen untuk pedagang. Ini tidak bermakna bahawa anda mesti membuat pelaburan anda ke atas setiap satu daripada mereka. Adalah lebih bijak untuk mengenal pasti dua hingga lima instrumen yang berbeza untuk membina portfolio anda. Perkara ini membolehkan anda belajar sebanyak mungkin tentang instrumen-instrumen dan akhirnya akan berada dalam kedudukan untuk membuat dagangan yang mana kebarangkaliannya memihak kepada anda.

4. Tidak merancang atau mengikut rancangan anda.

Setiap pedagang yang berjaya akan memasuki suatu dagangan dengan mempunyai satu rancangan.  Perancangan melibatkan penjawapan beberapa soalan seperti:

– Instrumen kewangan apakah yang akan anda dagangkan?

– Bergantung kepada keadaan yang sedia ada, adakah anda akan melabur panjang (long), pendek (short) ataupun akan mengelak terus daripada melabur dalam instrumen tersebut?

– Apakah amaun maksimum dan minimum yang anda akan laburkan?

– Berapa lamakah anda akan bertahan pada kedudukan anda?

– Strategi apakah yang anda akan gunakan untuk dagangan anda?

– Adakah anda akan laburkan semula keuntungan anda ataupun anda akan menyimpannya?

Semua ini hanyalah beberapa soalan yang anda perlu jawab sebelum memasuki suatu dagangan. Tetapi sebelum menanyakan soalan-soalan ini, anda mesti sekurang-kurangnya mempunyai maklumat yang cukup mengenai instrumen dan platform berdagang tersebut.

Tidak mengikut seperti apa yang telah dirancangkan merupakan satu lagi kesilapan yang berkait rapat. Sebagai contoh, anda mungkin memutuskan untuk berpegang kepada dagangan yang sedang merugikan lebih lama dengan jangkaan bahawa ia akan melonjak semula. Jika ia kekal pada kedudukan yang merugikan, kerugian anda akan terus meningkat. Sekiranya rancangan anda tidak berjaya, adalah lebih baik anda berhenti berdagang seketika  dan kembali semula kepada tahap perancangan. Belajar dari pedagang yang berpengalaman adalah cara lain untuk mengenal pasti rancangan yang sebenarnya akan berjaya.

READ  Panduan untuk berdagang CFD dan FAQ

5. Gagal menggunakan perintah stop.

Kesilapan Dalam Urus Niaga CFD

Stop merupakan salah satu alatan pengurusan risiko yang paling penting yang boleh didapati oleh mana-mana pedagang CFD. Ia berguna apabila anda ingin mengunci keuntungan atau meminimumkan kerugian dalam dagangan. Untuk setiap dagangan yang anda buat, anda dinasihatkan untuk menggunakan perintah stop. Ini membolehkan anda untuk meminimumkan kerugian dan mengunci keuntungan yang diperoleh daripada dagangan yang menguntungkan walaupun arah harganya berubah kesebaliknya secara tiba-tiba.

Satu lagi strategi untuk menggunakan perintah stop adalah untuk menjarakkan diantara perintah-perintah tersebut. Ramai pedagang sering meletakkan perintah stop mereka dekat dengan harga permulaan yang akhirnya mereka tidak akan mendapat apa-apa keuntungan jika perhentian digunakan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa anda menjarakkan perintah stop anda terlalu jauh. Sekiranya anda telah merancang dengan baik, menggunakan teknik pengurusan risiko dan telah memilih masa depan yang kebarangkalian untuk mendapat keuntungannya adalah tinggi, anda akan dapat meletakkan perintah stop di tempat yang betul dengan yakin.

Berdagang CFDs adalah kegiatan yang berisiko. Ramai pedagang berhenti melabur dalam CFD selepas melihat akaun mereka lupus disebabkan kesilapan yang sebenarnya boleh dielak. Terdapat banyak kesilapan lain yang tidak disebut. Tetapi, jika anda dapat mengelak lima kesilapan yang telah kami nyatakan di atas, anda sepatutnya dapat mengelak kerugian besar sementara akaun dagangan anda lambat-laun bertambah.

Kami sangat mengesyorkan 24Option jika anda baru dalam berdagang CFD. Pusat pendidikan mereka adalah hebat dan lain daripada yang lain!

 

Click here to get this post in PDF